Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

Galeri 2020

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Malaysia 2020

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Malaysia 2020 diadakan di Padang Kota Lama dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow bersama isterinya, YABhg. Puan Tan Lean Kee dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi bersama isterinya YBhg. Datin Zarinah. Pelbagai persembahan budaya yang menarik bagi memeriahkan lagi sambutan malam ini. ...
  • Hits: 375

MAJLIS SAMBUTAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) TAHUN BARU CINA DAN PELANCARAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020 PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT PULAU TIKUS

Sebagai usaha memupuk semangat mencintai dan menghargai alam sekitar, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Pulau Tikus pada hari ini mengadakan Pelancaran Anugerah Sekolah Hijau 2020 bersempena Sambutan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Tahun Baru Cina. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sebagai simbolik kepada sambutan program ini, Datuk Bandar bersama warga sekolah berbesar hati untuk menanam sebatang pokok limau kasturi di perkarangan kawasan sekolah. Sambutan ini turut diserikan dengan...
  • Hits: 416

PENYERAHAN PLAK ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD 2020-2022 DAN LAWATAN TAPAK BIOGAS PILOT PLANT

Yang Berhormat Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang di atas pencapaian anugerah ini buat kali yang ke-2 berturut-turut. Beliau mengatakan bahawa pelbagai kriteria perlu dipenuhi sebelum mendapat anugerah ini dan ianya bukanlah mudah. Selain itu, beliau juga berharap pencapaian seperti ini dapat dikekalkan pada anugerah yang akan datang dan meminta kerjasama warga MBPP bekerja keras dalam mencapai perkara ini. Sebelum penyerahan plak anugerah, beliau turut melawat tapak Biogas Pilot Plant bagi melihat sendiri...
  • Hits: 458

Pengiktirafan Asean Clean Tourist City Award

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan di atas kegemilangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang telah menerima Anugerah "ASEAN CLEAN TOURIST CITY AWARD 2020 -2022". Anugerah berprestij di peringkat antarabangsa ini telah diterima oleh YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa. Majlis Bandaraya Pulau Pinang meraih pengiktirafan ini buat kali kedua dengan pencapaian yang membanggakan di tahap yang tertinggi. Sekalung budi dan ribuan terima kasih kepada warga dan rakyat Pulau Pinang yang berganding bahu mendukung aspirasi MBPP. ...
  • Hits: 382

UPACARA MENERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG UNTUK TEMPOH 1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020

Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengucapkan sekalung tahniah kepada 24 orang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang telah mengangkat sumpah pada hari ini bertempat di Dewan Persidangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jalan Padang Kota Lama. Lantikan yang berkuatkuasa selama satu tahun iaitu dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020 pada kali ini menampilkan seramai 11 orang Ahli Majlis yang baru dan mengekalkan 13 Ahli Majlis yang lama. Majlis mengucapkan selamat melaksanakan tugas dan maju jaya kepada semua Ahli Majlis bagi lantikan pada tahun ini. ...
  • Hits: 419