Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PELANCARAN JERSI PROGRAM KAYUHAN 'BRIDGE TO BRIDGE RIDE 2019'

19 March, 2019

Majlis Pelancaran Jersi Program Kayuhan 'Bridge To Bridge Ride 2019' (B2B Ride) telah diadakan pada 18 Mac 2019 (Isnin) bertempat di Ruang Legar Tingkat 3 KOMTAR.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersama-sama Yang Berbahagia Dato' Sr. Aziz Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Yang Berusaha Dr. Lim Seh Guan, Presiden G Club Penang Cyclist.

Pada tahun ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia akan menganjurkan program Kayuhan Bridge To Bridge Ride 2019.

Para peserta akan melalui Jambatan Pulau Pinang dan selepas itu akan melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 30 Jun 2019.

Diharap program sihat seperti ini akan mendapat sambutan yang baik daripada warga tempatan dan antarabangsa.

  • pic 1 20
  • pic 2 17
  • pic 3 19
  • pic 5 10
  • pic 1 20
  • pic 2 17
  • pic 3 19
  • pic 5 10