Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIVITI MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

19 April, 2019

Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diadakan hari ini (18 April 2019) bertempat di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR

Perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Bandaraya, Ir. Addnan Mohd Razali yang mewakili Datuk Bandar MBPP, YBhg. Ar. Yew Tung Seang, Ketua-ketua Jabatan serta warga kerja MBPP.

Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang diadakan buat kali kedua ini telah menampilkan sebanyak 17 orang peserta pada peringkat Saringan VIVA yang dijalankan pada 29 Januari 2019 dan 7 daripada mereka telah berjaya menempatkan diri di peringkat akhir pada hari ini.

Para peserta yang berjaya menempatkan diri di peringkat akhir ialah :

  • Sr. Haji Salehuddin Haji Hashim (Stiker)
  • Team BKKPA (Whatsapp Aduan)
  • Kumpulan Ops 4 (Pembaharuan Kapit Roda)
  • Kumpulan Undercover One (Flexible Fitting Room)
  • Kumpulan Mandiri (Kitar Semula Pokok Tumbang)
  • Kumpulan Undercover Two (Store Management System)
  • Kumpulan Licensing Buzz (Temuduga Gerai/Pasar/ Kompleks dan Tapak Penjaja secara atas talian)

Kesemua peserta berjaya menampilkan idea-idea yang kreatif dalam mencipta dan menambahbaik produk serta perkhidmatan yang boleh diperkenalkan oleh Majlis kepada orang awam.

Johan bagi pertandingan ini telah dirangkul oleh Kumpulan Licensing Buzz dengan produk inovasi yang bertajuk Temuduga Gerai/Pasar/ Kompleks dan Tapak Penjaja secara atas talian dan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000, pakej percutian tajaan Air Asia dan Piala Pusingan.

Tempat kedua yang berupa hadiah wang tunai sebanyak RM800 dan pakej percutian tajaan Air Asia telah disandang oleh Kumpulan Ops 4 dengan produk inovasi yang diberi nama Pembaharuan Kapit Roda.

Tempat ketiga yang menampilkan hadiah wang tunai RM500 dan pakej percutian tajaan Air Asia pula telah jatuh kepada Kumpulan Mandiri dengan projek yang bertajuk Kitar Semula Pokok Tumbang.

Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti ini telah diadili oleh 4 orang panel juri jemputan profesional yang dijemput khas oleh pihak penganjur dan keputusan mereka adalah muktamad.

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.

  • in1
  • in2
  • in3
  • in4
  • in5
  • in6
  • in7
  • in8
  • in9
  • in1
  • in2
  • in3
  • in4
  • in5
  • in6
  • in7
  • in8
  • in9