Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

MAJLIS PENYAMPAIAN PEMENANG HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN.

09 May, 2019

Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2019 telah diadakan pada hari ini (8hb Mei 2019) di Auditorium A, Tingkat 5, Komtar.

Program ini diadakan sebagai penghargaan kepada 50 pembayar cukai taksiran terpilih yang telah membayar cukai taksiran untuk tempoh setahun dan tidak mempunyai sebarang tunggakan.

Bayaran cukai taksiran adalah merupakan tanggungjawab setiap pemilik premis di bawah sesuatu kawasan kerajaan tempatan. Cukai taksiran adalah merupakan hasil utama setiap Pihak Berkuasa Tempatan, dan melalui bayaran cukai taksiran ini jugalah, Majlis Bandaraya Pulau Pinang(MBPP) secara khususnya dapat menjayakan pelbagai projek kearah kesejahteraan penduduk di Pulau Pinang.

Pada tahun ini (2019), 58,386 bilangan akaun adalah layak memenangi cabutan bertuah berbanding hanya 28,471 pada tahun lepas (2018). MBPP akan terus mengadakan program seperti ini agar dapat menggalakan pembayar cukai menjelaskan bayaran cukai taksiran mengikut tarikh yang ditetapkan.

Selain itu, MBPP juga dalam usaha mengurangkan tunggakan Cukai Taksiran dan akan mengambil tindakan yang lebih giat terhadap pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengucapkan TAHNIAH kepada pemenang cabutan bertuah pada edisi kali ini.

  • cabutan bertuah 1
  • cabutan bertuah 2
  • cabutan bertuah 3
  • cabutan bertuah 4
  • cabutan bertuah 1
  • cabutan bertuah 2
  • cabutan bertuah 3
  • cabutan bertuah 4