Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

MAJLIS PENUTUPAN DESIGN THINKING WORKSHOP

25 June, 2019

Majlis Penutupan Design Thinking Workshop secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 23 Jun 2019.

Seramai 30 orang para pelajar telah dianugerahkan Sijil Penyertaan kerana berjaya melengkapkan penyertaan program tersebut yang bermula pada 16 Jun 2019 sehingga 23 Jun 2019.

Pada majlis tersebut, Datuk Bandar telah memberi pujian kepada para pelajar yang telah mempamerkan demonstrasi hasil daya cipta mereka sepanjang program tersebut.

Beliau percaya bahawa mereka ini adalah merupakan sebahagian daripada generasi muda yang harus diketengahkan dan diberi bimbingan serta galakkan agar mereka bakal mengharumkan nama Negara dalam bidang sains dan teknologi.

Program Design Thinking Workshop ini merupakan Fasa Kedua projek SpaceMakers selepas Fasa Pertama telah berjaya dilangsungkan pada 7 Mac 2019 yang lalu.

Tahniah dan syabas kepada para pelajar-pelajar sekolah yang mengambil bahagian, tenaga pengajar dari Tandemic, Ahli Majlis MBPP serta pihak pengurusan MBPP serta Kakitangan yang terlibat, Komuniti Balik Pulau dan semua warga kerja yang memberikan komitmen di tahap tinggi bagi menjayakan program ini.

  • pic 1 22
  • pic 2 19
  • pic 4 15
  • pic 5 11
  • pic 1 22
  • pic 2 19
  • pic 4 15
  • pic 5 11