Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN TAMAN BANDAR ARKEOLOGI SIA BOEY

09 November, 2019

Taman Bandar Arkeologi Sia Boey yang merupakan Taman Arkeologi Bandar pertama di Malaysia dibuka dan ianya bertujuan untuk menceritakan mengenai sejarah George Town kepada orang ramai terutamanya para pelancong.

Suatu ketika dahulu, Sia Boey merupakan hab perdagangan awal di George Town dan aktiviti-aktiviti berpusat di sekitar Terusan Prangin di mana terletaknya balai pasar kurun ke-19 dan rumah-rumah kedai.

Untuk makluman, pelancaran Projek Pemuliharaan Sia Boey yang berkeluasan 5.73 ekar ini telah bermula pada 25 Mac 2018 selaras dengan visi Pulau Pinang 2030 iaitu untuk mewujudkan taman hijau yang berintegrasi dalam satu rangkaian yang akan memberi manfaat biodiversiti dengan strategi yang lebih luas untuk perubahan iklim (climate change) di Pulau Pinang.

  • taman 1
  • taman 2
  • taman 3
  • taman 1
  • taman 2
  • taman 3