HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2019 MEMBUKTIKAN KEHEBATAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
13 November, 2019
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggondol 3 kemenangan sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019 yang berlangsung pada hari ini di Auditorium C, KOMTAR.
Kejayaan tersebut ialah:-
- Johan bagi Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (Kategori ICT) menerusi Projek e-INSPECTION.
- Johan bagi Pertandingan Innovation Blast (Kategori Pengurusan) menerusi Projek Sistem Letak Kereta Pintar
- Anugerah Khas Inovasi Berpotensi (Kategori Bukan ICT) menerusi Projek Taman Inovasi
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang.