Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PELANCARAN KEMPEN TIADA MOTOSIKAL DI ATAS SIAR KAKI DAN LALUAN BASIKAL

28 November, 2019

Kempen yang membawa objektif "Persekitaran Laluan Awam Tanpa Halangan" ini bertujuan untuk nemperkukuhkan akses dan keselamatan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal serta berperanan untuk mengubah sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan laluan awam.

Pihak Majlis memfokuskan kesedaran kepada pengguna motosikal yang sering menyalahgunakan kemudahan yang disediakan dan memberikan tumpuan kepada kawasan 'hot spot' seperti kawasan pelancongan dan tumpuan orang ramai.

Oleh itu, orang awam dinasihatkan supaya mengelakkan diri anda daripada budaya yang tidak mesra pengguna.

Operasi Kempen buat masa ini adalah dengan meletakkan anggota penguatkuasa di kawasan 'hot spot' sebagai tujuan memberi pendidikan di peringkat awal kepada penunggang motosikal yang menyalahgunakan kemudahan laluan awam dan menghebahkan mesej kempen ini menerusi platform media sosial milik Majlis.

  • laluan jalan kaki 1
  • laluan jalan kaki 2
  • laluan jalan kaki 1
  • laluan jalan kaki 2