Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PESTA PULAU PINANG 2019

09 December, 2019

Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang Edisi ke-53 telah disempurnakan dengan gilang-gemilang pada 7 Disember 2019 oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama isteri YABhg. Toh Puan Datin Seri Hajjah Majmor Binti Shariff. Turut hadir ialah YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pesta Pulau Pinang yang telah mula diadakan sejak tahun 1966 merupakan sebuah acara tahunan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh warga Pulau Pinang dan juga menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri.

Edisi tahun 2019 menjanjikan 1001 kenangan manis dengan pertunjukan kebudayaan, persembahan artis popular, pameran pavilion dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand, lampu-lampu hiasan, taman bunga, taman permainan, gerai-gerai makanan dan juga pelbagai barangan dagangan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menunjungi Pesta Pulau Pinang 2019 bersama keluarga anda.

  • pesta1
  • pesta2
  • pesta3
  • pesta1
  • pesta2
  • pesta3