Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

UPACARA PENUTUPAN ASIA PACIFIC MASTERS GAMES PENANG 2018

18 September, 2018

Asia Pacific Masters Games Penang 2018 (APMG 2018) melabuhkan tirai dengan rasminya hari ini (15 September 2018) dengan penuh meriahnya di Setia SPICE, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Acara penutupan telah diserikan dengan persembahan pembukaan Boria APMG dan beberapa persembahan video khas sempena penganjuran APMG 2018 di Pulau Mutiara serta persembahan kebudayaan seperti joget lambak.

Turut hadir semasa upacara penutupan ialah YB. Chong Eng selaku Presiden APMG Penang 2018, Mr. Kai Holm iaitu Presiden International Masters Games Association (IMGA), Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang; Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan.

Selepas ini World Masters Games akan diadakan pula di Kansai, Jepun pada 15 sehingga 30 Mei 2021.

Di kesempatan ini, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak mencurahkan tenaga dan sokongan semasa 9 hari penganjuran temasya sukan antarabangsa ini di Pulau Pinang.

Tidak dilupakan juga jutaan ucapan tahniah kepada semua peserta yang telah bertanding dan memenangi pingat di temasya ini.

ASIA PACIFIC MASTERS GAMES PENANG 2018

  • apmg penutupan 1
  • apmg penutupan 2
  • apmg penutupan 5
  • apmg penutupan 6
  • apmg penutupan 7
  • apmg penutupan 1
  • apmg penutupan 2
  • apmg penutupan 5
  • apmg penutupan 6
  • apmg penutupan 7