Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PEMANSUHAN PELAN BANGUNAN PRA-RUNDINGAN WARISAN (PRA-PB) DALAM SISTEM ILCS BERMULA 1 JANUARI 2024

27 December, 2023

Adalah dimaklumkan mulai 01 September 2023 , semua permohonan Cadangan Pelan Pemajuan haruslah dibuat melalui platform OSC 3.0 Plus Online . 

Hanya Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Pra-Rundingan Warisan (PRA-PM), Pelan Permit, Permit Membaiki dan Permit Lukisan Dinding yang melibatkan SPPW sahaja boleh dibuat melalui platform ILCS . 
 
Bermula 1 Januari 2024, Permohonan Pelan Bangunan Pra-Rundingan Warisan (PRA-PB) akan dimansuhkan dan digantikan dengan pengemukaan Pelan Bangunan melalui Sistem OSC 3.0 Plus . Bayaran pentadbiran perlu dijelaskan kepada Jabatan Konservasi Warisan sebelum permohonan Pelan Bangunan yang melibatkan kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang diproses selanjutnya .

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian seperti berikut:
04-2592040 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.