Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PENGHANTARAN BIL CUKAI TAKSIRAN BAGI SEPARUH TAHUN KEDUA 2023

05 July, 2023

.

KENYATAAN MEDIA

PENGHANTARAN BIL CUKAI TAKSIRAN BAGI SEPARUH TAHUN KEDUA 2023

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah selesai mengedarkan Bil Cukai Taksiran Separuh Tahun kedua bagi tahun 2023.
  1. Semua pemilik harta harus menjelaskan Cukai Taksiran masing-masing sebelum tarikh akhir bayaran iaitu pada 31 Ogos 2023. Tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik harta yang gagal menjelaskan bayaran.
  1. Menurut Seksyen 147(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Notis sebanyak RM5.00 akan dikenakan pada 1 Mac dan 1 September setiap tahun bagi pemilik yang gagal menjelaskan bayaran cukai taksiran sebelum tarikh akhir bayaran.
  1. Untuk menuju ke arah paperless, MBPP menggalakkan pemilik-pemilik harta untuk membuat langganan ‘ebill’ Cukai Taksiran MBPP sebagai satu opsyen yang lebih mesra alam.

 

 

  1. Bagi pemilik yang telah membuat langganan ‘ebill’ sebelum/pada 30 April 2023, MBPP telah menghantar ‘ebill” Cukai Taksiran Separuh Tahun Kedua 2023 melalui emel dan SMS.
  1. Pemilik yang berminat tetapi masih belum membuat langganan ‘ebill’ boleh mengimbas kod QR di bawah dan nikmati rebat RM5.00 secara one-off:

qr code

  1. Pemilik yang membayar cukai taksiran menggunakan aplikasi PEARL – one touch Penang dari  1 Julai 2023 hingga 31 Ogos 2023 akan menerima 1% bayaran balik tunai “cashback” melalui Pearl wallet.
  1. Sebarang pertanyaan atau permasalahan berkenaan Cukai Taksiran boleh menghubungi talian :-

            04-2592178 / 04-2592342

            Unit Kadar, Bahagian Hasil,

            Jabatan Perbendaharaan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam

Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti

Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Bertarikh :  27 Jun 2023