Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030

08 November, 2022

RANCANGAN TEMPATAN (RT)

Laporan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 disediakan selaras dengan keperluan Seksyen 12, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Rancangan Tempatan merupakan satu dokumen rasmi yang mengandungi Peta Cadangan yang disokong oleh Pernyataan Bertulis dan Garis Panduan Pembangunan bagi tujuan kawalan dan pelaksanaan pembangunan. Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 disediakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang melalui perunding yang dilantik AJM-Planning and Urban Design Group Sdn. Bhd.

TUJUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

  • Bagi memenuhi peruntukan Seksyen 13(1), (Akta 17), Laporan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 perlu dipamerkan untuk semakan awam sebelum dokumen Rancangan Tempatan dimuktamadkan.
  • Menggalakkan masyarakat serta penduduk setempat turut sama-sama terlibat dalam perancangan pembangunan masa kini dan pada masa hadapan.
  • Memaklumkan kepada pemilik atau pemunya atau pemaju tanah berhubung cadangan pembangunan di setiap lot untuk tempoh perancangan sehingga tahun 2030.
  • Memberi peluang kepada orang awam dan pihak-pihak berkepentingan untuk menyemak, mengemukakan cadangan, maklumbalas, mahupun bantahan yang akan diambilkira dalam memuktamadkan Draf Rancangan Tempatan ini sebelum pewartaan.

TEMPOH PAMERAN 

14 Oktober 2022 hingga 13 Disember 2022 dan dilanjutkan sehingga 10 Januari 2023.

LOKASI PAMERAN/SEMAKAN TETAP ISNIN - JUMAAT

  1. Bangunan Syed Al-Attas, No 128, Lebuh Armenian, George Town
  2. Bangunan Maker Space (Tingkat Bawah), Pasar Awam Balik Pulau
  3. Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang,Tingkat 16, Komtar

HARI: Isnin – Jumaat (Hari Bekerja Sahaja)
MASA: 9.00 Pagi – 4.00 Petang
REHAT: 1.00 petang – 2.00 petang (Isnin-Khamis)
              12.15 tengahari – 2.45 petang (Jumaat)

LOKASI :

1) Bangunan Syed Al-Attas, No 128, Lebuh Armenian, George Town
2) Maker Space (Tingkat Bawah), Pasar Awam Balik Pulau

HARI : Sabtu & Ahad
MASA: 11.00 Pagi – 2.00 Petang
(*kecuali pada CUTI UMUM)

DOKUMEN DRAF RANCANGAN TEMPATAN PULAU PINANG (PULAU) 2030

BOLEH DISEMAK DAN DIPEROLEHI seperti berikut :

  1. Dokumen lengkap softcopy boleh diperolehi di Tempat Pameran Tetap dengan kadar harga seperti berikut :-
    Salinan softcopy (Pendrive) – RM150.00 yang mengandungi :-
    • Laporan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030.
    • Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030.
    • Borang Bantahan
      *Beserta hardcopy Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030.
  2. Semakan/ permohonan PETA CADANGAN (zon gunatanah) Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau), 2030 mengikut lot dengan kadar harga RM30.00/Lot/Zon. Permohonan boleh dibuat melalui online di sini (https://ugisp.maps.arcgis.com/apps/webappviewer/index.html?id=e81b31f3f91040dea9fa0bc3f85c8e40)

Orang ramai dijemput hadir bagi membuat semakan ke atas Laporan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 serta mengemukakan maklum balas, sokongan, cadangan dan bantahan melalui Borang Bantahan di sini.

Borang Bantahan.pdf

Borang Bantahan juga tersedia di dalam bentuk Google Form seperti berikut :-

https://forms.gle/uMAM5cLXgtNiDrZ59

Anda juga dijemput untuk mendengar Video Taklimat Berkaitan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 yang telah disediakan di platform FB Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang melalui pautan di bawah:

https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang/videos/514946147073108/

Layari Portal Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang di http://www.mbpp.gov.my/ untuk info lanjut dan sebarang maklumat terkini berkaitan Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030.