Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG TORCH RUN 2018) DI MULU

21 June, 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Sarawak telah menjadi lokasi seterusnya untuk larian kali ini.

Larian Obor APMG di Sarawak telah tiba di Taman Negara Mulu dan diarak oleh sebahagian besar penduduk Kampung Mulu serta para pelancong pada 20 Jun 2018.

Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.

Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018.

 

  • MULU1
  • MULU10
  • MULU11
  • MULU12
  • MULU13
  • MULU14
  • MULU2
  • MULU3
  • MULU4
  • MULU5
  • MULU6
  • MULU7
  • MULU8
  • MULU9
  • MULU1
  • MULU10
  • MULU11
  • MULU12
  • MULU13
  • MULU14
  • MULU2
  • MULU3
  • MULU4
  • MULU5
  • MULU6
  • MULU7
  • MULU8
  • MULU9