Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas sehala di Lebuh Presgrave dan Lebuh Tye Sin, Pulau Pinang bermula dari 06 Disember 2024 (Hari Jumaat) bermula jam 9.00 pagi seperti pelan yang disertakan.
2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:
BIL
|
NAMA JALAN
|
SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN
|
CATITAN
|
1.
|
Lebuh Presgrave
|
Sehala
Dari Jalan Gurdwara ke Jalan C.Y Choy
|
Penukaran arah aliran lalulintas sehala
|
2.
|
Lebuh Tye Sin
|
Sehala
Dari Jalan C.Y Choy ke Jalan Gurdwara
|
Penukaran arah aliran lalulintas sehala
|
3. Tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.
4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian:
Tel.: 04-2592202 (Puan Noorhasimah bt Ahmad Nordin)
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel.: 04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad)
Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Bertarikh : 28.11.2024