Portal Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang - PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUH NOORDIN, PULAU PINANG

Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUH NOORDIN, PULAU PINANG

11 Julai, 2023

SIARAN AKHBAR

                                                                                                                    

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas sehala di sebahagian Lebuh Noordin, Pulau Pinang bermula dari 11 Julai 2023 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

          BIL

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

CATITAN

1.

Sebahagian Lebuh Noordin

Sehala

Dari Lebuh McNair ke Jalan Gurdwara

Penukaran arah aliran lalulintas sehala

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi  MBPP di talian :

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 10.7.2023

Pelan_lebuh_noordin.pdf