Proses Permohonan Kelulusan Permit-
1) Permit Pelupusan Sampah
Permit ini telah dibatalkan
Tapak Pelupusan Sampah Majlis (Jelutong)
Jenis-Jenis Sampah Yang Dilupuskan
- Sampah pukal
- Sisa BinaanSampah Pokok (Garden Waste)
Jenis-Jenis Sampah Yang Dilupuskan
- Barang-barang toxic atau radioaktif
- Bangkai-bangkai binatang terutama khinzir
- Tayar-tayar lama
2) Permit Pemasangan Alat Kebersihan
Pengenalan
Dibawah Undang-Undang Kecil Pemasangan Sistem Saluran Najis dan Alat-alat Kebersihan 1970, satu permit dikeluarkan di mana kerja adalah berhubung dengan kerja-kerja memanggal atau membaharui mana-mana perkakas kebersihan, parit tanah atau betung prebet sediada tanpa memasukkan sebarang pemasangan atau pembinaan yang baru.
Prosedur Permohonan:-
- Menghantar surat permohonan dalam format Borang Permit Pemasangan Alat Kebersihan kepada Pengarah Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tingkat 13, KOMTAR, 10675 Pulau Pinang.
- Melampirkan 2 set pelan permit pemasangan alat kebersihan.
- Membayar bayaran permit sebanyak RM5.00 untuk setiap permohonan.
- Permit akan dikeluarkan selepas segala syarat perundangan dan teknikal dipatuhi.
3) Permit Untuk Membaiki Rumah
Prosedur membuat permohonan
- Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan yang disediakan atau mendapatkannya di kaunter pertanyaan Jabatan Bangunan. Sila pastikan perkara-perkara berikut dipatuhi semasa mengemukakan borang:
- Satu salinan geran tanah yang disahkan dikepilkan bersama borang.
- Kesemua tuan-tanah menurunkan tandatangan di atas borang.
- Kerja-kerja yang dicadangkan tidak melibatkan pembinaan struktur konkrit dan pembinaan semula bangunan.
- Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Bangunan, MPPP Tingkat 14, KOMTAR, 10675 Pulau Pinang.
- Yuran permit ialah RM50.00 (bayaran denda x 10 dikenakan sekiranya kerja- kerja telah dijalankan).
Nota:
Bagi bangunan-bangunan yang termasuk dalam kategori "Bangunan Warisan" adalah tertakluk kepada Garispanduan Kerja-kerja Bangunan Untuk Bangunan Warisan Kategori I & II".
4) Permit Mengorek Jalan
Pengenalan
- Dibawah Peruntukan Akta 133, Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Sek 40, 41 & 42 tiada sesiapa boleh mengorek jalan tanpa permit atau kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan
- Di Pulau Pinang, kawasan dalam Bidangkuasa MPPP adalah merangkumi seluruh Bandaraya Georgetown dan Zon Perdagangan Bebas
Proses Permohonan Permit Mengorek Jalan
- Semua permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:-
- Surat permohonan menggunakan format menggali jalan yang mengandungi butir-butir yang dinyatakan (Borang JK/PJ 1) - Nama pemohon dan jawatan hendaklah dinyatakan.
- 1 set pelan tapak hendaklah diwarnakan seperti berikut :-
- Pelan Tapak
- Peta yang terkini (updated), jelas dan berskil.
- Cadangan laluan, butir-butir korekan dan laluan sedia ada ditunjukkan dengan jelas. (sama ada atas jalanraya, bahu jalan dan tanah privet).
- Sempadan lot mesti ditunjukkan dengan jelas.
- Semua pelan berlegend, ditandatangani pemohon dan bercop.
- Pelan Keratan Lintang (melalui parit utama, parit monsun atau sungai)
- Keratan parit utama dengan dimensi yang sebenar.
- Cadangan laluan menunjukkan saiz, dimensi dan jarak yang tepat.
- Semua pelan berlegend, ditandatangani pemohon dan dicop.
- Kod Warna
- Merah (Red) - Cadangan laluan (pelan tapak)
- Biru - Laluan sedia ada yang disambungkan.
- Ungu (Purple) - Laluan melalui tanah persendirian. (Surat kebenaran hendaklah diperolehi oleh pemohon dan disertakan)
- Lorekan merah (shaded red) - untuk HDD microtunneling/paip Jacking
- 3 set pelan keratan lintang laluan melalui parit utama/monsun jika berkaitan.
- Pelan Tapak
- Borang JK(J)PJ 1 - Butir-butir korekan seperti saiz lurang, saiz kabel atau paip, jumlah sesalur dan kedalaman korekan. Maklumat yang diberi adalah komitmen pemohon dengan Majlis.
- Pegawai yang memohon adalah bertanggungjawab ke atas butir yang dinyatakan :-
- Pelan Tapak
- Pelan keratan lintang
- Kod warna
- Cadangan pengorekan secara HDD/Microtunneling/Pipe Jacking
- Saiz, jarak, lokasi lurang sambungan ditunjuk dengan jelas.
- Cadangan HDD hendaklah terus dikemukakan bagi :-
- korekan merentas jalan-jalan utama dan jalan-jalan yang sibuk.
- korekan jalan-jalan yang baru diturap semula tidak melebihi 3 tahun.
- korekan melintasi parit utama/parit monsun.
- korekan melintasi jalan yang mana sesak (congested) dengan utiliti sedia ada.
- Setiap permohonan hendaklah tidak melebihi 1000 meter panjang.
- Wang sumbangan atau cengkeram. Rujuk Lampiran A untuk cara pengiraan.
- Tempoh sah laku surat persetujuan kebenaran menggali jalan adalah selama 2 bulan. Tempoh sah laku permit adalah 2 bulan. Jika sesuatu projek itu ekstensif, maka pemohon bolehlah memohon tempoh sah laku sehingga 6 bulan.
- Pemohon persendirian hendaklah mengemukakan surat kebenaran dan pelan berkaitan yang diluluskan oleh agensi-agensi berkaitan.
- Pelan utiliti mesti ditandatangani oleh pihak yang menyediakannya berserta tarikh pemetaan tapak dibuat. Cadangan laluan dalam pelan utiliti hendaklah sama dengan cadangan laluan pelan tapak.
- Semua permohonan untuk bekalan baru atau tambahan yang melibatkan pemunya bangunan hendaklah dinyatakan No. Pelan Bangunan dan tarikh diluluskan jika berkaitan.
- Permit hanya akan diberi kepada pemohon atau wakil pemohon yang sah sahaja.
- Notis Mula Kerja - Pemohon dikehendaki memaklumkan kepada jabatan sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum kerja dijalankan melalui surat (Notis Mula Kerja).
- Pembaharuan Permit Semua permohonan pembaharuan permit hendaklah dilengkapkan dengan :-
- permit dan pelan asal.
- 1 pelan yang disahkan.
- Borang JK/PJ(2) - Borang Pembaharuan Permit.