MENU

7.0 Pengecualian Dari Membayar Cukai Taksiran Atau Pengurangan Cukai Taksiran Bagi Pegangan Yang Digunakan Semata-mata :-

a.

sebagai tempat awam untuk sembahyang;

b.

sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen ;

c.

sebagai sekolah awam ;

d.

sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastra atau seni halus;

e.

bagi maksud rekreasi, sosial atau kebajikan; dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang;

Pegangan boleh dikecualikan dari membayar cukai taksiran atau memberi pegurangan cukai taksiran oleh Pihak Berkuasa Negeri.

8.0 Tanggungjawab Seorang Pembayar Cukai Taksiran

a.

Memberi Notis kepada M.B.P.P. tentang pemindahan atau penukaran hakmilik hartanah yang boleh dikenakan cukai taksiran.

b.

Memberi Notis kepada M.B.P.P. mengenai bangunan baru atau bangunan yang diroboh atau sebarang tambahan dan pindaan kepada rumahnya.

c.

Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantarkan oleh M.B.P.P.

d.

Membenarkan kakitangan M.B.P.P. membuat pemeriksaan ke atas hartanah untuk tujuan cukai taksiran.

e.

Berjumpa dengan Bahagian Kutipan Hasil jika bil cukai taksiran tidak diterima dalam bulan Januari/Julai setiap tahun.

f..

Membayar bil cukai taksiran separuh tahun pertama sebelum 28 Februari dan separuh tahun kedua sebelum 31 Ogos setiap tahun.