4.0 Kawasan Kadaran
Bagi tujuan cukai taksiran, Majlis telah membahagikan kawasan pentadbirannya kepada dua kawasan. Kawasan bandar merangkumi kawasan dalam bandaraya George Town dan Kawasan luar bandar merangkumi luar bandaraya George Town.
5.0 Tarikh Cukai Taksiran Dikenakan
Sesuatu bangunan akan dikenakan cukai taksiran sebulan selepas tarikh Sijil Penghunian dikeluarkan oleh Majlis ataupun dari tarikh penghunian bangunan tersebut mengikut mana yang lebih awal. Bagi tanah kosong, cukai taksiran akan dikenakan dari tarikh kelulusan kebenaran merancang atau sesuatu tarikh yang munasabah mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
6.0 Bantahan Kepada Cadangan Nilai Tahunan
Seseorang pemilik pegangan yang tidak berpuas hati dengan nilai tahunan yang dicadangkan boleh membuat bantahan secara bertulis dalam satu bulan dari tarikh Notis Taksiran. Bantahan boleh dibuat atas alasan-alasan berikut :-
a. |
Bahawa sesuatu pegangan yang dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar; |
b. |
Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar; |
c. |
Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu telah tertinggal daripadanya; |
d. |
Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu telah tertinggal daripadanya; |
e. |
Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain. |