Sila layari ulesen.mbpp.gov.my
Jenis Aktiviti Yang Memerlukan Lesen
- Penubuhan Makanan
- Tred, Perniagaan dan Perindustrian
- Rumah Urut
- Kandang Lembu / Kuda
- Memelihara Khinzir
- Pasar Prebet
- Tempat Letak Kereta Persendirian
- Iklan
- Iklan (Sementara), Banner / Streamers
- Garaj
- Tempat Hiburan Awam
- Penjaja
- Gerai Jalan Awam / Gerai Tanah Prebet
- Gerai Bermusim
- Kenderaan Tanpa Motor
- Anjing
- Perniagaan Kecil
- Beca Awam / Pengayuh Beca Awam
- Gerai Pasar, Tapak Penjaja Sementara dan Kompleks
- Kilang
- Hotel
Cara Memohon Lesen Untuk Pelbagai Tred
- Dapatkan borang permohonan (Borang Komposit) di kaunter Jabatan Pelesenan.
- Isikan borang dengan lengkap. Sertakan dokumen lain yang dikehendaki.
- Kemukakan borang di kaunter Jabatan Pelesenan. Surat akuan terima akan dihantarkan kepada tuan.
- Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas premis tuan.
- Tuan akan dihubungi melalui surat sama ada permohonan ditolak atau diluluskan dengan syarat-syarat tertentu.
Cara Memohon Lesen Untuk Gerai & Penjaja
- Dapatkan borang permohonan di kaunter Jabatan Pelesenan.
- Isikan borang dengan lengkap. Sertakan dokumen lain yang dikehendaki.
- Kemukakan borang di kaunter Jabatan Pelesenan. Kad akuan terima akan dikeluarkan kepada tuan.
- UNTUK GERAI PASAR, TAPAK PENJAJA SEMENTARA DAN KOMPLEKS MAJLIS Tuan akan dipanggil untuk temu duga apabila terdapat kekosongan gerai.
- UNTUK PENJAJA (STATIK / BEREDAR) Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas tapak lokasi / gerai tuan.
- Tuan akan dihubungi melalui surat berkenaan keputusan permohonan.
Cara Memohon Lesen Perniagaan Kecil
Jabatan Pelesenan mengeluarkan lesen untuk Peniaga Kecil seperti yang disenaraikan:
- Penjaja Beredar
- Gerai atas Tanah Persendirian
- Gerai dalam Kedai Makan
- Tapak Penjaja Sementara
- Gerai dalam Pasar
- Gerai dalam Kompleks
- Gerai Bermusim / Perayaan
Cara Memohon
- Mengisi Borang 001 - Untuk Penjaja Beredar
- Mengisi Borang 002 - Untuk Pasar / Kompleks / TPS
- Mengisi Borang 003 - Untuk Gerai atas Tanah Persendirian
- Mengisi Borang 004 - Untuk Gerai Bermusim
Syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan
Warganegara Malaysia.
Penjaja Beredar
- Tidak boleh mendirikan struktur.
- Menjalankan perniagaan dengan van / kereta beredar.
- Bukan di kawasan zon tidak dibenarkan menjaja.
- Tidak boleh menjaja dekat pasar, sekolah, simpang jalan.
- Tidak menjual daging mentah.
Gerai Atas Tanah Persendirian
- Kebenaran Tuan tanah.
- Pelan Lokasi / Struktur.
- Tiada bantahan daripada jabatan-jabatan lain yang berkaitan.
Gerai Dalam Tapak Penjaja Sementara, Kompleks & Pasar-Pasar Malam
- Jika ada kekosongan
- Berjaya ditemuduga
Gerai Dalam Kedai Makan
- Kebenaran tuan punya kedai.
- Tidak mendatangkan halangan di kedai makan.
Gerai Bermusim
- Menjalankan perniagaan hanya di tempat yang dibenarkan.
- Tempat perniagaan dihadkan.
Syarat Lesen
- Membayar lesen.
- Tidak boleh tukar tangan.
- Pemeriksaan kesihatan jika perlu.
- Mematuhi Undang-Undang Kecil Majlis yang berkaitan.
Pembatalan / Menarik Balik Lesen
- Tidak membayar lesen / sewa.
- Tidak berniaga.
- Menyewa kecil.
- Tidak mematuhi arahan / peraturan.
- Menukar atau menambah jenis jualan.
- Pengubahsuaian struktur gerai.
Kesalahan Berniaga Tanpa Lesen
- Dikompaun.
- Rampasan.
- Tindakan Mahkamah