MENU


TARIKH AKHIR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN SEPARUH TAHUN KEDUA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG TAHUN 2019

HEBAHAN MEDIA

TARIKH AKHIR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN SEPARUH TAHUN KEDUA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG TAHUN 2019.

 

1.    Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir bayaran cukai taksiran adalah pada 31 Ogos 2019 (Sabtu), di mana notis sebanyak RM5.00 akan dikenakan mulai 1 September 2019.

2.   Majlis Bandaraya Pulau Pinang  telah menyediakan kiosk bayaran yang beroperasi 24 jam , 7 hari seminggu bertempat di Pusat Bayaran Setempat  Padang Kota Lama bagi memudahkan urusan bayaran orang ramai semasa dan selepas waktu pejabat.

3.    Pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, kad debit  dan cek. 

4.   Orang ramai dinasihatkan menjelaskan bayaran bil Cukai Taksiran sebelum tindakan seterusnya 
      diambil oleh pihak majlis.

5.   Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran bolehlah menghubungi talian berikut :-

Unit  Kadar                                   -     04-2592178/ 04-2592342

Unit Pembilangwang KOMTAR   -     04-2592179

 

 

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan 
Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Bertarikh : 30  Ogos 2019