MENU


PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO PENDEK KEMPEN KESEDARAN SIVIK (CIVIC CONSCIOUSNESS CAMPAIGN)

Satu Sidang Media mengenai Pertandingan Mencipta Video Pendek Kempen Kesedaran Sivik (Civic Consciousness Campaign) telah diadakan hari ini (8hb November 2018) bertempat di Bilik Ahli Majlis, Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama.

Pertandingan anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang ini terbuka kepada orang ramai untuk menterjemahkan idea-idea kreatif dalam memberikan pendidikan kepada orang ramai menerusi produksi video pendek yang dihasilkan.

Hadiah utama adalah wang tunai RM3,000.00 manakala tempat kedua adalah RM2,000.00 dan tempat ketiga RM1,000.00. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini akan diberikan sijil penyertaan.

Penyertaan adalah percuma. Ayuh jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini.

Klik pautan dibawah untuk muat turun Terma & Syarat pertandingan :