MENU


PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN LORONG BELAKANG, PASAR LEBUH CECIL, PULAU PINANG

SIARAN AKHBAR

PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN LORONG BELAKANG, PASAR LEBUH CECIL, PULAU PINANG

                                                                                                                

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas sehala di  sebahagian lorong belakang, Pasar Lebuh Cecil, Pulau Pinang bermula dari 26 Julai 2022 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

         BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

1.

 

 

Sebahagian lorong belakang, Pasar Lebuh Cecil

Sehala

Dari laluan masuk/ keluar utama  Pasar Borong Lebuh Cecil menuju ke Lebuh Sandilands

Penukaran aliran lalulintas sehala

 

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

 

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi  Majlis di talian :

 

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 18.7.2022