SIARAN AKHBAR PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT, JALAN AZIZ IBRAHIM, PULAU PINANG Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas sehala di sebahagian jalan khidmat, Jalan Aziz Ibrahim, Pulau Pinang bermula dari 29 Julai 2022 (Hari Jumaat) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Sebahagian jalan khidmat, Jalan Aziz Ibrahim Sehala Dari Jalan Pantai Jerjak 14 ke Jalan Pantai Jerjak 15 Penukaran aliran lalulintas sehala 3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. 4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim) Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 25.7.2022
PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT, JALAN AZIZ IBRAHIM, PULAU PINANG