SIARAN AKHBAR PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUHRAYA MERDEKA DAN PINTASAN PENGKALAN SATU SERTA LORONG TEPI, PINTASAN PENGKALAN SATU, PULAU PINANG Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas sehala di sebahagian Lebuhraya Merdeka dan Pintasan Pengkalan Satu serta lorong tepi, Pintasan Pengkalan Satu, Pulau Pinang bermula dari 27 Julai 2022 (Hari Rabu) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Sebahagian Lebuhraya Merdeka Sehala Dari jalan khidmat, Pengkalan Weld menuju ke Pintasan Pengkalan Satu Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 2. Pintasan Pengkalan Satu Sehala Dari Lebuhraya Merdeka menuju lorong tepi Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 3. Lorong tepi, Pintasan Pengkalan Satu Sehala Dari lot 10021, Pintasan Pengkalan Satu menuju Pengkalan Weld Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. 4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim) Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 18.7.2022
PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUHRAYA MERDEKA DAN PINTASAN PENGKALAN SATU SERTA LORONG TEPI, PINTASAN PENGKALAN SATU, PULAU PINANG