SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA PADA WAKTU TERTENTU DI SEBAHAGIAN JALAN HELANG, SUNGAI DUA, PULAU PINANG SEMASA OPERASI PASAR MALAM. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala pada waktu tertentu di sebahagian Jalan Helang, Pulau Pinang mulai 13 April 2019 (Hari Sabtu) jam 5.00 petang. Arah aliran lalulintas sehala adalah seperti jadual berikut:- BIL BAHAGIAN JALAN YANG TERLIBAT ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN WAKTU PELAKSANAAN 1. Sebahagian Jalan Helang di antara Lintang Merak dan Lorong Helang 3, Sungai Dua Dari Lintang Merak ke Lorong Helang 3 5.00 petang - 10.00 malam setiap Hari Sabtu Sesalinan pelan yang menunjukkan arah aliran lalulintas sehala yang dicadangkan adalah disertakan. 3. Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut semasa waktu operasi pasar malam diadakan. 4. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad) Emel: noormunirah@mbpp.gov.my Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 25 Mac 2019
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA PADA WAKTU TERTENTU DI SEBAHAGIAN JALAN HELANG, SUNGAI DUA, PULAU PINANG SEMASA OPERASI PASAR MALAM