SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN PERSIARAN MAHSURI 2 DAN PENUKARAN ARAH ALIRAN SEHALA DI LORONG TEPI HOTEL OLIVE TREE, JALAN MAHSURI, PULAU PINANG Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Persiaran Mahsuri 2 dan penukaran arah aliran sehala di lorong tepi Hotel Olive Tree, Jalan Mahsuri, Pulau Pinang bermula dari 6 Julai 2019 (Hari Sabtu) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Sebahagian Persiaran Mahsuri 2 Sehala Dari Jalan Mahsuri ke simpang Persiaran Mahsuri 2/ jalan khidmat (ke Pangsapuri Olive Tree Residense) Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 2. Lorong Tepi Hotel Olive Tree Sehala Dari Pangsapuri Olive Tree Residence ke laluan masuk Hotel Olive Tree Penukaran arah aliran sehala 2. Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut. 3. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. 4. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad) Emel: noormunirah@mbpp.gov.my Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 4 Julai 2019
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN PERSIARAN MAHSURI 2 DAN PENUKARAN ARAH ALIRAN SEHALA DI LORONG TEPI HOTEL OLIVE TREE, JALAN MAHSURI, PULAU PINANG