SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LORONG AIR TERJUN, PULAU PINANG. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Lorong Air Terjun, Pulau Pinang bermula dari 26 Jun 2020 (Hari Jumaat) bermula jam 9.30 pagi seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Sebahagian Lorong Air Terjun Sehala dari Jalan Gottlieb menuju laluan Taman Gottlieb Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 2. Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut. 3. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. 4. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad) Emel: noormunirah@mbpp.gov.my Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 22 Jun 2020
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LORONG AIR TERJUN, PULAU PINANG