SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LORONG BELAKANG, JALAN BUKIT PENARA, BALIK PULAU, PULAU PINANG. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian lorong belakang, Jalan Bukit Penara, Balik Pulau, Pulau Pinang bermula dari 21 Jun 2022 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Lorong Belakang, Jalan Bukit Penara Sehala Dari Lot 24 menuju ke Lorong Bukit Penara Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 2. Laluan keluar di sebelah Lot 24 Ditutup 3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. 4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim) Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 15.6.2022
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LORONG BELAKANG, JALAN BUKIT PENARA, BALIK PULAU, PULAU PINANG