MENU


PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT, LINTANG BUKIT PENARA 1(BERHADAPAN PASAR BALIK PULAU), PULAU PINANG

SIARAN AKHBAR

 

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT, LINTANG BUKIT PENARA 1 (BERHADAPAN PASAR BALIK PULAU), PULAU PINANG.

                                                   

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar  aliran lalulintas dua hala ke  sehala di di sebahagian jalan khidmat, Lintang Bukit Penara 1 (berhadapan Pasar Balik Pulau) bermula dari 22 Disember 2021 (Hari Rabu) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan. yang disertakan.

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

         BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

 

1.

 

 

Jalan khidmat, Lintang Bukit Penara

 

Sehala

Dengan arah aliran dari laluan keluar/masuk pasar di bahagian selatan menuju ke laluan keluar/ masuk pasar di bahagian utara

 

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

 

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi  Majlis di talian :

 

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 9 Disember 2021