MENU


PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI LORONG SISI YANG BERSAMBUNG DARI JALAN PATANI KE JALAN KAJANG, PULAU PINANG

SIARAN AKHBAR

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI LORONG SISI YANG BERSAMBUNG DARI JALAN PATANI KE JALAN KAJANG, PULAU PINANG

                                                                                                                    

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan  menukar  aliran lalulintas dua hala ke sehala di lorong sisi yang bersambung dari Jalan Patani ke Jalan Kajang, Pulau Pinang bermula dari 9 September 2020 (Hari Rabu) bermula jam 9.30 pagi seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

          BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

 

1.

 

 

Lorong sisi, Jalan Kajang  

Sehala dari lorong sisi yang bersambung dari Jalan Patani ke Jalan Kajang

Penukaran aliran lalu lintas dua hala ke sehala

 

3.         Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.

 

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan.

 

5.         Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi  Majlis di talian :

 

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (Encik Abdul Salam bin Abdul Karim)

 

Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 3 September 2020