SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI LORONG SISI YANG MENYAMBUNGKAN JALAN UTAMA DAN JALAN YORK, PULAU PINANG. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di lorong sisi yang menyambungkan Jalan Utama dan Jalan York bermula dari 27 April 2019 (Hari Sabtu) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan. Arah aliran lalulintas sehala adalah seperti jadual berikut:- BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Lorong Sisi Yang Menyambungkan Jalan Utama dan Jalan York Sehala Dari Jalan Utama menuju ke Jalan York Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 2. Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut. 3. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan 4. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad) Emel: noormunirah@mbpp.gov.my Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 23 April 2019
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI LORONG SISI YANG MENYAMBUNGKAN JALAN UTAMA DAN JALAN YORK, PULAU PINANG