SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT, LINTANG ANGSANA PULAU PINANG. Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala di jalan khidmat, Lintang Angsana di antara Jalan Beriksa 1 dan Lebuhraya Thean Tek, Pulau Pinang bermula dari 28 Jun 2022 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Jalan Khidmat, Lintang Angsana Sehala Dari Jalan Beriksa 1 menuju ke Lebuhraya Thean Tek Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. 4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim) Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 22.6.2022
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT, LINTANG ANGSANA PULAU PINANG