SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT DAN LORONG BELAKANG DERETAN RUMAH KEDAI, TAMAN SERI INDAH , JALAN BALIK PULAU , PULAU PINANG. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di jalan khidmat dan lorong belakang deretan rumah kedai Taman Seri Indah, Jalan Balik Pulau, Pulau Pinang bermula dari 16 Februari 2022 (Hari Rabu) jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Sebahagian jalan khidmat (ke Barat Daya) Sehala Dari Tingkat Seri Genting ke lot no 1917 Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 2. Lorong tepi (di sebelah lot no. 1917) Sehala Dari jalan khidmat ke lorong belakang lot no 1917 Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 3. Sebahagian lorong belakang Sehala Dari lot no 1917 ke Tingkat Seri Genting Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 4. Sebahagian jalan khidmat (ke Timur Laut) Sehala Dari Tingkat Seri Genting ke lot no 1803 Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 5. Lorong tepi (di sebelah lot no 1803) Sehala Dari jalan khidmat ke lorong belakang lot no 1803 Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 6. Sebahagian lorong belakang Sehala Dari lot no 1803 ke Tingkat Seri Genting Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala 3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. 4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim) Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 10 Februari 2022
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT DAN LORONG BELAKANG DERETAN RUMAH KEDAI, TAMAN SERI INDAH , JALAN BALIK PULAU , PULAU PINANG