SIARAN AKHBAR PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI GERBANG BERJAYA, PULAU PINANG Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di Gerbang Berjaya, Pulau Pinang bermula dari 30 Jun 2020 (Hari Selasa) bermula jam 9.30 pagi seperti pelan yang disertakan. 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN CATITAN 1. Gerbang Berjaya Sehala dari Jalan Berjaya menuju ke Jalan Brother James Penukaran aliran lalulintas sehala 2. Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut. 3. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. 4. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad) Emel: noormunirah@mbpp.gov.my Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 22 Jun 2020
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI GERBANG BERJAYA, PULAU PINANG