SIARAN AKHBAR PENAMATAN TEMPOH PERCUBAAN ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUHRAYA MERDEKA DAN PINTASAN PENGKALAN SATU SERTA LORONG TEPI, PINTASAN PENGKALAN SATU, PULAU PINANG Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menamatkan tempoh percubaan aliran lalulintas sehala di sebahagian Lebuhraya Merdeka dan Pintasan Pengkalan Satu serta lorong tepi, Pintasan Pengkalan Satu, Pulau Pinang bermula dari 2 Ogos 2022 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi . 2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut: BIL NAMA JALAN LOKASI PENUKARAN 1. Sebahagian Lebuhraya Merdeka Dari jalan khidmat, Pengkalan Weld menuju ke Pintasan Pengkalan Satu Penukaran aliran lalulintas sehala ke dua hala 2. Pintasan Pengkalan Satu Dari Lebuhraya Merdeka menuju lorong tepi Penukaran aliran lalulintas sehala ke dua hala 3. Lorong tepi, Pintasan Pengkalan Satu Dari lot 10021, Pintasan Pengkalan Satu menuju Pengkalan Weld Penukaran aliran lalulintas sehala ke dua hala 3. Tempoh percubaan ini ditamatkan atas permintaan penduduk tempatan melalui YB ADUN Kawasan. Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 29.7.2022
PENAMATAN TEMPOH PERCUBAAN ALIRAN LALULINTAS SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUHRAYA MERDEKA DAN PINTASAN PENGKALAN SATU SERTA LORONG TEPI, PINTASAN PENGKALAN SATU, PULAU PINANG