SIARAN MEDIA MAKLUMAN PENAMATAN SYARIKAT JK GEMILANG ENTERPRISE SEBAGAI KONTRAKTOR PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA TERKAWAL PADANG BROWN Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Syarikat JK Gemilang Enterprise sebagai kontraktor Pengurusan Tempat Letak Kereta Terkawal Padang Brown berakhir pada 23 Julai 2019. 2. Pengurusan Tempat Letak Kereta Terkawal Padang Brown akan diambil alih oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang bermula 24 Julai 2019 . 3. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi Majlis di talian:- 04-2592130 ( Puan Aziyani binti Che Azib) 04-2592122 (Puan Nurbayah Iswanis binti Ishak) 4. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang Bertarikh :23 Julai 2019
MAKLUMAN PENAMATAN SYARIKAT JK GEMILANG ENTERPRISE SEBAGAI KONTRAKTOR PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA TERKAWAL PADANG BROWN