SIARAN AKHBAR LARANGAN PEMBELOKAN KANAN DI PERSIMPANGAN JALAN DATO' ISMAIL HASHIM/JALAN KHIDMAT (PUBLIC BANK RELAU) Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan mengadakan larangan pembelokan kanan di persimpangan Jalan Dato' Ismail Hashim/ jalan khidmat (Public Bank Relau), Pulau Pinang bermula dari 6 Ogos 2022 jam 10.00 pagi (Hari Sabtu) seperti pelan yang disertakan. 2. Larangan pembelokan kanan yang dicadangkan adalah seperti berikut: BIL JALAN YANG TERLIBAT LARANGAN PEMBELOKAN KANAN 1. Persimpangan Jalan Dato' Ismail Hashim/ jalan khidmat (Public Bank Relau) Pembelokan kanan dari Jalan Dato' Ismail Hashim ke jalan khidmat (Public Bank Relau) dan pembelokan kanan dari jalan khidmat (Public Bank Relau) ke Jalan Dato' Ismail Hashim adalah dilarang. 3. Tujuan perlaksanaan larangan pembelokan kanan ini adalah bagi mengurangkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik lalulintas dan meningkatkan keselamatan di persimpangan tersebut. 4. Larangan pembelokan kanan ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) noorrafidah@mbpp.gov.my 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim) abdulsalam@mbpp.gov.my Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP Bertarikh : 28.7.2022
LARANGAN PEMBELOKAN KANAN DI PERSIMPANGAN JALAN DATO' ISMAIL HASHIM/JALAN KHIDMAT (PUBLIC BANK RELAU)