MENU


APLIKASI PENANG SMART PARKING (PSP) KINI BOLEH DIMUAT TURUN MELALUI HUAWEI APPGALLERY

Dimaklumkan bahawa Aplikasi Penang Smart Parking (PSP) kini telah boleh dimuat turun di Huawei AppGallery.

Jadilah 10,000 pengguna pertama untuk memuat turun dan mendaftar sebagai Pengguna PSP bagi menikmati cashback bernilai RM5. Cashback tersebut boleh ditebus melalui kod baucar yang diterima dari Huawei AppGallery Gift Center.

Promosi ini hanya sah untuk pengguna baru dan terhad kepada SATU (1) penebusan bagi setiap pengguna. Tarikh promosi adalah dari 13 Julai hingga 12 Ogos 2020.

Terma dan Syarat adalah terpakai. https://psp.penang.my/promotions_hp.php