MENU

ZON KHAS BAGI MOTOSIKAL DAN BASIKAL (BIKE BOX) DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT.

MBPP telah menyediakan sebanyak 53 'Bike Box' sekitar George Town sebagai zon khas bagi penunggang motosikal dan basikal untuk berhenti dengan selamat.

MBPP telah mengadakan zon 'Bike Box' di penjuru simpang dan 4.5 meter ke belakang serta diikuti dengan garisan berhenti untuk kenderaan lain. Kelebaran zon 'Bike Box' ini adalah mengikut kelebaran jalan sedia ada. Jika terdapat lintasan pejalan kaki, zon 'Bike Box' ini akan diadakan dibelakang lintasan pejalan kaki dan diikuti dengan garisan berhenti untuk kenderaan lain.

Para pengguna jalan raya yang lain perlu berhenti di belakang zon 'Bike Box' dan memberi keutamaan kepada penunggang motosikal dan basikal untuk berada di dalam zon khas ini sebagai langkah meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan.

Oleh itu, Majlis berharap zon khas ini digunakan sebaiknya serta pengguna jalan raya juga dinasihatkan memperlahankan kenderaan semasa menghampiri zon 'Bike Box' ini dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

* Terima kasih diucapkan kepada Penang Today Community atas inisiatif menyediakan gambar berserta info pengaplikasian 'Bike Box' kepada umum.*