MENU

Satu sidang media bagi program berbasikal 'Campaign For A Lane' (CFAL) anjuran G Club Penang Cyclist dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diadakan pada 25 Julai 2018 (Rabu).

Program yang telah memasuki edisi ke-10 pada tahun ini akan diadakan pada 12 Ogos 2018 (Ahad) bermula jam 7.00 pagi bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Dianggarkan seramai 3500 peserta akan mengelilingi kawasan Pulau sejauh 82KM dengan melalui kawasan Weld Quay, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Balik Pulau, Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dan berakhir semula di Jalan Padang Kota Lama.