MENU

KENYATAAN MEDIA

SIDANG MEDIA PENGEMBALIAN ALATAN PRABAYAR (SPG)

 

Ekoran dari penamatan syarikat pengurusan letak kereta oleh pihak MBPP, pengguna yang memiliki Alatan Prabayar (SPG) tidak dapat lagi menggunakan perkhidmatan tersebut. Pihak MBPP mengambil perhatian mengenai perkara ini.

Oleh itu, pengguna yang memiliki Alatan Prabayar (SPG) adalah diminta memberikan kerjasama untuk mengembalikan alatan tersebut dan membuat tuntutan sewajarnya pada hari, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 
Mulai 7 Februari 2018 hingga 31 Mac 2018

Hari/Masa : 
Isnin hingga Khamis
8.30 pagi hingga 12.30 Tengahari 
2.00 petang hingga 4.30 Petang

Hari Jumaat
8.30 pagi hingga 12.15 Tengahari
2.45 petang hingga 4.30 Petang

Hari Sabtu
9.00 pagi hingga 4.00 Petang
(Kecuali 17 Februari 2018 Tahun Baru Cina)

Tempat : 
Pusat Bayaran Setempat
Jalan Padang Kota Lama

Bagi pemegang Alatan Prabayar (SPG), anda perlu mengisi Surat Akuan semasa mengembalikan alat tersebut di Pusat Bayaran Setempat, Jalan Padang Kota Lama.

Pihak Majlis akan mengembalikan deposit Alatan Prabayar (SPG) berjumlah RM25.00 serta-merta kepada pengguna dalam bentuk kupon letak kereta MBPP.

Sekiranya baki di dalam Alatan Prabayar (SPG) di bawah RM50.00, pihak Majlis akan mengembalikan baki tersebut dalam bentuk kupon letak kereta MBPP.

Manakala bagi pengguna yang mempunyai baki melebihi RM50.00, pihak Majlis akan merekod terlebih dahulu segala maklumat yang diperlukan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai pembayaran bolehlah menghubungi talian berikut :-
- Pusat Bayaran Setempat (04-2592130/ 04-2610182)
- Unit Letak Kereta (04-2592130)

Segala kesulitan adalah sangat dikesali.

Sekian, dimaklumkan.

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang.