MENU

Sidang Akhbar Majlis Perasmian Asia Pacific Masters Games Penang 2018 [APMG Penang 2018] telahpun diadakan di Mini Auditorium MaTIC, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2018, jam 10.00 pagi. Sidang Akhbar Majlis Perasmian ini di hadiri oleh Y.Bhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, En. Ali bin Haji Isa ,Pengarah Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Dato Sri Khani Daud, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kesenian Kebudayaan & Dato Zulkefli Bin Haji Shariff, CEO Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).

Majlis Sidang Akhbar ini dimulakan dengan Persembahan Pembukaan "Beyond the Games" oleh Penari-penari dari Badan Kesenian Dan Kebudayaan Negara dan persembahan Video Asia Pacific Masters Games Penang 2018. Aturcara Majlis ini kemudiannya diteruskan dengan ucapan oleh Y.Bhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Semasa ucapan beliau, Y.Bhg. Datuk Bandar memaklumkan bahawa jumlah penyertaan peserta Asia Pacific Masters Games telahpun mencecah 6,321 orang yang melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 5,000 peserta. Sejumlah 62 buah Negara telah mengesahkan penyertaan mereka.

Y.Bhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang juga memaklumkan bahawa pada masa ini, Jawatankuasa Pengelola APMG Penang 2018 sedang sibuk dengan persiapan venue-venue pertandingan untuk 22 acara sukan yang akan dipertandingkan yang melibatkan 22 venue dari 7 hingga 15 September 2018.

Beliau memaklumkan bahawa Olahraga merupakan sukan yang paling popular dengan pendaftaran seramai 1274 peserta akan mengambil bahagian dalam acara-acara balapan dan padang serta acara "road race" iaitu 10km dan 21km, Selain daripada olahraga, sukan-sukan lain yang mendapat sambutan hangat ialah bolasepak, badminton, berbasikal dan sukan renang.

Beliau juga menjemput orang ramai supaya hadir di Majlis Perasmian APMG Penang 2018 yang akan diadakan secara gilang-gemilang pada 8 September 2018, dari jam 7.40 malam hingga 10.30 malam, bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.