MENU

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengumumkan permohonan untuk Lesen Gerai Sementara Bermusim (Pasar Ramadhan) berkelompok/individu yang telah dibuka dan akan ditutup pada 10 April 2020.

Setiap permohonan mestilah lengkap berserta dengan:-
i)      Surat kebenaran tuan tanah (sekiranya ada),
ii)     Resit bayaran tempat letak kereta (sekiranya terlibat dengan tempat letak kereta bertiket Majlis);
iii)    Pelan lokasi yang lengkap;
iv)     Salinan kad pengenalan pemohon/peniaga;
v)      Salinan Buku Suntikan Anti Typhoid setiap peniaga / pemohon; dan
vi)     Bilangan tapak bagi jualan makanan dan barangan am

Borang permohonan yang lengkap hanya boleh dikemukakan di kaunter Bahagian Pelesenan, Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama, 10200 Pulau Pinang.

Penganjur / Peniaga yang mengemukakan permohonan lewat selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
Bagi tahun 2020, lokasi yang tidak dibenarkan bagi Pasar Ramadhan (kelompok/individu) adalah di sepanjang Jalan Utama iaitu berhadapan dengan Hospital Besar Pulau Pinang.

Para peniaga juga telah dimaklumkan pada musim tahun 2019 supaya persediaan awal dengan mencari lokasi alternatif.

Klik di sini.

Borang Permohonan Lesen Gerai Sementara Bermusim (Pasar Ramadhan)