MENU

KENYATAAN MEDIA

 

PENUTUPAN KAUNTER BAYARAN PEJABAT KUTIPAN HASIL CAWANGAN SPICE

 

  1. Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan menamatkan pengoperasian Kaunter Bayaran di Pejabat Kutipan Hasil Cawangan SPICE mulai 01 Oktober 2021 (Jumaat).

 

  1. Perkhidmatan kaunter bayaran di Pejabat Kutipan Hasil Cawangan SPICE akan digantikan dengan perkhidmatan SMART KIOSK yang telah disediakan.

 

  1. Pembayar boleh membuat bayaran bil-bil Majlis melalui perkhidmatan SMART KIOSK yang disediakan secara TUNAI, CEK, KAD KREDIT, KAD DEBIT dan eWALLET.

 

  1. Untuk mencapai hasrat Majlis Bandaraya Pulau Pinang ke arah Inisiatif Tanpa Tunai, pembayar digalakkan untuk membuat bayaran bil-bil Majlis secara atas talian melalui saluran JomPAY, portal e-Bayar, portal PBTPay, aplikasi SnapNPay dan aplikasi Penang Smart Parking (untuk bayaran kompaun) berikutan Pandemic Covid-19.

 

  1. Pembayar juga diingatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan setiap masa bagi mengelakkan diri daripada jangkitan Covid-19 terutamannya melalui komuniti.

 

  1. Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh menghubungi talian :-

            04-2592176 / 04-2592179

            Kaunter Bayaran KOMTAR, Bahagian Hasil,

            Jabatan Perbendaharaan, Majlis BandarayaPulau Pinang

 

 

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Perhubungan Awam,

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Bertarikh :  30 September 2021