MENU

SIARAN AKHBAR

 

PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUHRAYA MERDEKA DAN PINTASAN PENGKALAN SATU SERTA LORONG TEPI, PINTASAN PENGKALAN SATU, PULAU PINANG

                                                                                                                

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas sehala di  sebahagian Lebuhraya Merdeka dan Pintasan Pengkalan Satu serta lorong tepi, Pintasan Pengkalan Satu, Pulau Pinang bermula dari 27 Julai 2022 (Hari Rabu) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

         BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

1.

 

 

Sebahagian Lebuhraya Merdeka

Sehala

Dari jalan khidmat, Pengkalan Weld menuju ke Pintasan Pengkalan Satu

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

2.

Pintasan Pengkalan Satu

Sehala

Dari Lebuhraya Merdeka menuju lorong tepi

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

3.

Lorong tepi, Pintasan Pengkalan Satu

Sehala

Dari lot 10021, Pintasan Pengkalan Satu menuju Pengkalan Weld

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

 

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi  Majlis di talian :

 

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 18.7.2022