MENU

SIARAN AKHBAR

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN PERSIARAN MAHSURI 2 DAN PENUKARAN ARAH ALIRAN SEHALA DI LORONG TEPI HOTEL OLIVE TREE, JALAN MAHSURI, PULAU PINANG

                                                                                                                    

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan  menukar  aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Persiaran Mahsuri 2 dan penukaran arah aliran sehala di lorong tepi Hotel Olive Tree, Jalan Mahsuri, Pulau Pinang bermula dari 6 Julai 2019 (Hari Sabtu) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

          BIL

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

CATITAN

1.

 

 

Sebahagian Persiaran Mahsuri 2

Sehala

Dari Jalan Mahsuri ke simpang Persiaran Mahsuri 2/ jalan khidmat (ke Pangsapuri Olive Tree Residense)

 

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

2.

Lorong Tepi Hotel Olive Tree

Sehala

Dari Pangsapuri Olive Tree Residence ke laluan masuk Hotel Olive Tree

Penukaran arah aliran sehala

 

2.         Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.

 

3.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan.

 

4.         Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan / maklumbalas bolehlah menghubungi  Majlis di talian :

 

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

 

04-2592227 (Puan Noor Munirah bt Raja Ahmad)

            Emel: noormunirah@mbpp.gov.my

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 4 Julai 2019