MENU

SIARAN AKHBAR

 

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUH NOORDIN,  PULAU PINANG

                                                                                                                    

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar  aliran lalulintas dua hala ke  sehala di  sebahagian Lebuh Noordin, Pulau Pinang bermula dari 9 Mei  2023 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

          BIL

 

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

 

CATITAN

1.

 

 

Sebahagian Lebuh Noordin

Sehala

Dari Jalan Gurdwara ke Lebuh McNair

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

 

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

 

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi  MBPP di talian :

 

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 3.5.2023