MENU

SIARAN AKHBAR

 

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LEBUH AH QUEE, PULAU PINANG

 

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Lebuh Ah Quee, Pulau Pinang bermula dari 13 Oktober 2018 jam 10.00 pagi (Hari Sabtu) secara percubaan selama 3 bulan seperti pelan yang disertakan.

 

2.         Arah aliran lalulintas yang dicadangkan adalah seperti berikut:

BIL

JALAN YANG TERLIBAT

ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN

1.

 

 

 

 

Sebahagian Lebuh Ah Quee

 

 

Sehala

Dengan arah aliran dari persimpangan Lorong Pitt menuju ke Lebuh Pantai

 

Sesalinan pelan yang menunjukkan arah aliran lalulintas sehala yang dicadangkan adalah disertakan.

 

2.       Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut. Sistem jalan sehala ini akan dijalankan secara percubaan selama 3 bulan.

 

3.         Sehubungan ini, Majlis menjemput tuan/puan untuk mengemukakan pandangan, ulasan, bantahan atau persetujuan mengenai cadangan tersebut. Sila tuan/puan tulis surat kepada jabatan ini atau hubungi Majlis di talian 04-2592015/ 04-2592327 atau email ke alamat zainuddin@mbpp.gov.my sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pandangan.

 

4.         Pemandu-pemandu  adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat. 

 

Sekian, terima kasih

 

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 5 Oktober 2018