SIARAN AKHBAR
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN KHIDMAT YANG BERSAMBUNG DARI JALAN VAN PRAAGH KE LINTANG SLIM IAITU DARI LOT NO. 2803 KE LOT NO. 666, JALAN PERAK, PULAU PINANG.
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian jalan khidmat yang bersambung dari Jalan Van Praagh ke Lintang Slim iaitu dari Lot No. 2803 ke Lot No. 666, Jalan Perak, Pulau Pinang bermula dari
18 Februari 2022 (Hari Jumaat) jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.
2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:
BIL |
NAMA JALAN |
SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN |
CATITAN |
1. |
Sebahagian jalan khidmat yang bersambung dari Jalan Van Praagh ke Lintang Slim, Jalan Perak |
Sehala Dari dari Lot No. 2803 ke Lot No. 666, Jalan Perak |
Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala |
3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.
4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian :
04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)
04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)
Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan
MBPP
Bertarikh : 10 Februari 2022